Sumber & Arkib
Dokumen awam, rujukan dan rakaman yang menjadi asas kandungan laman ini. Setiap dakwaan sejarah di laman ini dapat dijejak kepada kelas sumbernya.
Dokumen awam
Perlembagaan W8-DBAK Bil. 1/2021 (semakan 01/2024) — dokumen penuh, PDF 2.1 MB.
Wasiat DBAK, 31 Mac 1921
Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil alamin, Wasalamu ala Saidina Muhammadin wa ala wasahbihi ajmain. Kemudian maka inilah surat wasiat Datu Bandar Abang Muhammad Kassim laki isteri Dayang Saidah. Jika sakit angat petang malam salah satu di dalam keduanya mana-mana yang tinggal itulah yang kuasa memegang harta itu. Jika hilang keduanya baharulah harta berpindah kepada anak-anaknya. Jika ada lebih membayar hutang-hutang baharu pulang kepada anak-anaknya. Fasal bahagian sama banyak laki-laki dengan bahagian perempuan. Mana-mana yang hidup sampai yang sudah mati juga bahagian. Mana-mana yang ada meninggal anak pula kepada anak-anaknya dan mana-mana yang sudah mati tiada meninggal anak — bahagian mereka dibuat wakaf pada rumah atau kebun dan mana-mana sahaja yang patut diwakafkan — ini sahaja adanya. Tertulis kepada 22 haribulan Rejab 1339 (bersamaan 31 Mac 1921). Datu Bandar Abang Muhammad Kassim.
Dokumen keluarga
Sejarah perundangan wakaf
- Wasiat DBAK bertarikh 31 Mac 1921.
- Deklarasi lapan anak DBAK, November 1922, menjadikan Rumah Batu harta wakaf. (Tarikh penuh dalam semakan dokumen: rekod menyebut 10 dan 22 November.)
- Mahkamah Residen: Abang Hadari bin Abang Adawi lawan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Pentadbir Harta Pusaka DBAK, 22 Julai 1946.
- Mahkamah Agung: Abang Ali bin Abang Haji Anis lawan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, 2 September 1946 — Rumah Batu diputuskan sebagai harta wakaf untuk manfaat waris.
- Mahkamah Syariah, 2016 — status wakaf Rumah Batu dikekalkan berdasarkan keputusan 1946; Rumah Batu ialah wakaf ahli (keluarga), bukan wakaf awam.
Ringkasan di atas mengikut catatan laman keluarga terdahulu; teks penuh penghakiman sedang disemak sebelum petikan diterbitkan.
Rekod mahkamah
Rujukan & rakaman
"A Century of Rumah Batu 1863–1963"
Siri naratif YouTube oleh Abang Johan bin Abang Kassim, keturunan pembina Rumah Batu, berdasarkan bukunya mengenai sejarah rumah ini. Dicapai melalui saluran YouTube Waris DBAK.
Genealogical Directory Perabangan Malayu Sarawak
Karya Abang Tan Hj Ir Mohammed Ekhwan bin Tan Hj Zolkipli: analisa salasilah Perabangan dari zaman Sriwijaya dan Pagaruyung hingga keturunan terkini.
Temubual TVS Randau
Beberapa waris DBAK pernah dijemput membincangkan bidang masing-masing dalam program Randau di saluran TVS (Astro/myFreeview 122).
Rakaman Majlis 100 Tahun Wasiat DBAK (3 April 2021)
Pembentangan pengerusi dan majlis penuh kekal di saluran YouTube Waris DBAK.